tambun_tulang
Male
kangar

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

   


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Friday, December 14, 2007
ANAK LEMBU

ASSALAMUALAIKUM..

RABU 13 DISEMBER 2007 / 3 ZULHIJJAH 1428H lembu dirumah ku beranak.. anak lembu ne jantan. dah empat ekor betina kini jantan la pula hehe...  erm.. nak bagi nama apa ya ??? KHAMIS kot no.. sempena hari khamis.. atau nama ZUL sempena zul hijjah ehhe.. ikut la mana yag sesuai..

kerja seharian ku amat memenatkan.. pejabat... dah la dok sorang2. nasib baik la ada kom dan internet.. boring2 leh dok chatting.. bila kerja banyak x leh dok chatting..

erm.. suasana di Malaysia amat memeningkan.. banyak peristiwa yang berlaku.. dengan demontrasinya, pengankapan nya , ISA nya, danmacam macam lagi peristiwa berlaku..

erm.....................


Posted at 12/14/2007 8:36:37 am by tambun_tulang
Make a comment  

Tuesday, December 11, 2007
1 ZULHIJJAH 1428 H

Pejam cilik pejam celik.... penyimpan mohor raja mengishtiharkan bahawa 11 Disember 2007 merupakan 1 zulhijjah... nampaknya lagi 10 hari lagi la na nak raya aidil adha.. 9 hari lagi tetamu ALLAh akan berwuquf di Arafah...

alangkah indahnya jika dapat ku bersama sama dengan tetamu ALLAH menunaikan ibadah haji... Makkah tempat ku dilahirkan.. teringin sangat nak pi sana.. tetapi ALLAH  maha berkuasa dialah menentukan bila kita akan kesana.. insyaALLAH suatu hari nnti dapat juga menjejakkan kaki ke tanah suci..

ingin ku cari apakah keistimewaan  yang terdapat didalam bulan islam ini.. kawan kawan yang ada cerita kongilah dengan ku...

 


Posted at 12/11/2007 3:12:21 am by tambun_tulang
Make a comment  

Monday, December 10, 2007
BERKJERJA

 ERM... ASSALAMUALAIKUM.. APA KHABAR SEMUA RAKAN2..

dapat juga ana posting untuk coleteh disini.. susah juga  nak taip walaupun dapat main internet free...  biasala dengan kerja bertimbun timbun..  hari ne aku memulakan kerja aku untuk minggu ke 6. aduh betapa letihnya bila memasuki alam pekerjaan. walaupun kerja ini hanya sementara tetapi ia memenatkan.. masa zaman pengajian beria ria nak kerja, bila dah masuk tringin kembali ke alam pengajian.. walaupun sakit kepala memikir, menghafal tetapi biasa ja.. ker pula memenatkan..

bila habis waktu kerja pjbt ini, kerja dirumah pula perlu dilakukan.. sebagai anak lelaki sulung tanggungjawab terlalu besar.. tambahan pula ayah pergi menunaikan haji.. jadi aku menggantikan tempat nya.

Lembu.... a'a lembu ternakan ayahku perlu dijaga.. aku membanting tulang bersama ibuku mengambil rumput untuk makanan lembu lembu. ada sekarang 6 ekor.. nak beranak pula dalam masa terdekat ne..

ok na.. sekarang nak sambungkerja pula... pesanan kepada kawankawan dimesir... selalu kekuliah...


Posted at 12/10/2007 4:11:38 am by tambun_tulang
Make a comment  

Wednesday, November 28, 2007
rasa hati

jari jemari ku mula hendak berjinak kembali untukmelakar cerita di dalam laman ini.. setelah sekian lama aku tiada semangat untuk mengaktifkan lamaku ini.. kesibukan ku dalam pengajian akhir tahun dan kesibukan ku pulang ke tanah air membantut coretan ku disini..

hari ini aku cuba aktifkan kembali...

kenangan ku sepanjang ku didalam alam pengajian banyak suka duka ku perolehi.. yang duka kubenamkan begitu sahaja,usah ku siarkn disini.. kenangan yang paling bermakna aku di alam universiti ialah apabila aku keputusan peperiksaaan ditahun akhir. pada 11 ogos 2007.. Alhamdulillah aku ditakdirkan lulus buat pertama kalinya sepanjang dalam pengajian di Al Azhar ini aku lulus semua subjek tanpa perlu mengulang paper. aku begitu gembira terharu,ku bersyukur kehadrat ALLAH atas pemberiannya. ini bermakna aku telah menjadi graduan Universiti Al Azhar.. rasa seronok  ada, rasa sedih pun ada, erm..

9 september 2007

majlis konvokasyen anjuran kedutaan besar malaysia kaherah

seronokkkkk bila dapat pakai baju ne.. lain rasanya bila kita pakai baju orang.. erm... alangkah seronoknya jika ibubapa ku dapat bersama di majlis ini.. jauh.. duit.. yang menghalang mereka bersama

 


Posted at 11/28/2007 8:08:46 am by tambun_tulang
Make a comment  

Tuesday, November 13, 2007
MALAYSIA

ALHAMDULILLAH... SEKARANG AKU KEMBALI KE TANAH AIRKU. sudah tamat episod pengajian ku di Al Azhar unversity.. 2003-2007.. penuh dengan pengalaman cabaran kehidupan ku disana... azhar banyak mengajar ku erti kehidupan ..

kini aku kembali ke malaysia. entah bila pula aku dapat berkunjung kesana semula.. moga dapat aku pergi ziarah bumi ambiyak kembali...


Posted at 11/13/2007 6:45:31 am by tambun_tulang
Make a comment  

Next Page